Parti Islam tiada masa depan di Sarawak

Dua serampang Barisan Nasional yang memberikan kejayaan besar bagi gabungan itu di dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini berkemungkinan akan di ekspot ke Semenanjung dan Sabah pada masa akan datang.

Taktik-taktik itu adalah ‘calon langsung’ atau ‘BN direct candidate’ dan ‘cash is king’ atau ‘wang tunai adalah raja’, akan dilihat di dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang.

Pakar sains politik kelahiran Sarawak Prof James Chin berkata ini berdasarkan pengalaman BN Sarawak di mana dua taktik tersebut dapat meraih sokongan yang padu pengundi pendalaman.

Keputusan pilihanraya Sarawak membuktikan bahawa parti berteraskan Islam seperti PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) tiada masa depan di wilayah itu apabila kesemua 24 calon mereka kalah, malah ramai yang hilang wang deposit masing-masing.

Pakar sains politik Prof James Chin berkata ini menunjukkan bahawa parti-parti tersebut tidak dapat bertapak di Sarawak meskipun ada di antara calon mereka yang mendapat undi yang lebih kali ini berbanding pilihanraya Sarawak 2011.

“Tiada konsep ‘naib johan’ di dalam sistem pilihanraya Malaysia,” kata Chin, yang merupakan anak kelahiran Sarawak yang kini pegarah Asia Institute di University of Tasmania, Australia.

“Hanya menang atau kalah, orang yang mendapat nombor dua tidak memperoleh apa-apa dalam sistem Malaysia,” katanya di dalam satu syarahan di Sunway University di Subang Jaya baru-baru ini.

Hamidah Mokhtar daripada PAS yang bertanding kerusi Beting Maro memperoleh 3,051 undi, jumlah yang paling tinggi di antara semua calon parti Islamis. Akan tetapi, beliau masih kalah kepada calon BN Razaili Gapor dengan majoriti 1,707 undi.

Tetapi seramai tujuh daripada 11 calon PAS dan sembilan daripada 13 calon Amanah hilang deposit RM10,000 pada pemilihan Mei 7 itu.

Ini bermakna parti-parti tersebut gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya satu per lapan daripada keseluruhan pengundi di kerusi masing-masing walaupun ada di antara mereka yang bertanding di kawasan yang mempunyai ramai pengundi Muslim.

Rakyat Sarawak, kata Chin, lebih senang dengan pemimpin Muslim seperti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang memperjuangkan hak semua agama di Sarawak dan yang banyak membantu tempat ibadat bukan Muslim.

“Semasa beliau di sekolah, Adenan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam mata pelajaran pengajian Kitab Injil dan sampai sekarang beliau tidak segan memetik ayat-ayat daripada kitab tersebut.”

Dasar-dasar Adenan dalam memelihara hak dan harmoni antara semua agama di Sarawak telah menyumbang kepada kemenangan besar BN Sarawak sekaligus menunjukkan sokongan rakyat wilayah itu terhadap polisi-polisi beliau. – Mei 14, 2016.

Source – The Malaysian Mirror